Thursday 19 January 2012

Betul Yang Perlu Diperbetulkan

Hari ini, acap kali kita dengar perbalahan, perselisihan faham yg menggunakan perkara yg tidak berkaitan utk menegakkan sesuatu perkara yg lain. Contohnya:

"Tak payah nak sibuk-sibuk jaga tepi kain orang.
" Kau sibuk-sibuk tegur orang, macamlah diri kau bagus sangat. Anak bini kau menjadi sgt ke?"

... "Cermin diri sendiri dululah bro kalau nak tegur orang"

"Dia pun dulu belajarlah agama. Skor lagi. Apa korang ingat dia tak tahu apa hukumnya?"

"Kita ni siapa nak tegur orang berilmu? Kita ni siapa nak tegur dia, dia tu lagi bijak etc"

Jika seorang penagih dadah memberi nasihat kpd anda janganlah menagih dadah. Dia menceritakan betapa peritnya, derita hidup dan kepayahan utk meninggalkan tabiat negatif itu adakah anda rasa dia tidak layak memberi nasihat?

Jika seorag pelacur memberi nasihat jauhilah kancah perzinaan. Aku sudah terperangkap dan susah mencari jalan keluarnya dari lorong gelap ini. Adakah korang rasa dia hanya seorang pelacur yg tak punya maruah apatah lagi layak memberi nasihat?

Orang yg memberi nasihat ya, perlunya menunjukkan sikap yg baik. Barulah tidak dikatakan spt ketam mengajar anaknya berjalan dgn betul. Itu juga benar, tidak dapat saya sangkal lagi.

Tetapi, setiap Muslim itu merupakan cermin bagi sahabat Muslimnya. Jika kita lihat dia melakukan kesalahan yg sama, kita tegur dia.

Memberi teguran berhikmah? Hehs.. manusia tidak akan berubah secepat kilat. Makanya perlu ada inisiatif dari orang berdekatan spt sahabat rapat, ahli keluarga sendiri dalam usaha menegurnya. Orang lain boleh mendoakannya.

Dia seorang yg lebih berilmu tetapi dia melakukan kesalahan yg nyata yg orang kurang ilmunya juga tahu. Maka, apakah menjadi satu kesalahan si kurang ilmu memberi tahu kesalahannya?

Ya, dia juga mengetahui hukum berpuasa itu wajib, apa balasan orang yg meninggalkannya. Tetapi, dia menghiraukannya. Apakah boleh diambil kira alasan 'dia pun tahu jugak la apa yg kita tahu, entah2 lagi banyak yg dia tahu'. Itu mungkin kerana kurang penghayatan bukan?

Dia seorang genius, SO? Dia mendapat pengajian AlQuran, hafaz seumpamanya, dia belajar syariah di Jordan, Mesir contohnya. Jadi, adakah tiada chances utk dia beralih arah? Walaupun setipis mana peluangnya, setiap dari kita ada. Dia berjaya dalam bisnesnya, pelajarannya. SO?

Adakah itu menjadikan kita yg kurang kaya, kurang terkenal, kurang genius tidak layak memberi teguran?


Adakah kita hanya tutup sebelah mata melihat sahabat kita, keluarga kita terjerumus? Sedangkan kita hendak sama-sama meniti ke syurga. Sikap individualistik bukanlah satu sifat dalam membina ummah yg kuat. Sama-sama melangkah ke depan, sama-sama maju.

Jangan mengaitkan perkara yg tidak berkaitan. Suka benar mengalih topik kpd subjek lain.

No comments:

Post a Comment